,
Berita

Rambo Tembak Guna Mesingan Pun Tak Betul, Pelakon Perlu Tahu Cara Betul Guna Senjata Dalam Lakonan

Elrafaei Sapi
16/07/2018
10:05 MYT
Seringkali babak aksi seperti perang, tembak-menembak yang menggunakan senjata dan seni mempertahankan diri yang dipertontonkan kepada khalayak menerusi filem atau drama tidak dibuat dengan cara yang betul.
Perkara itu diakui Perunding taktikal, Azman Arifin yang berpandangan banyak filem mahupun drama tempatan mempunyai kesilapan ketika pelakon menggunakan senjata.
Baginya, kesilapan sebegini memberi impak pada lakonan dan kesan secara tidak langsung pada watak polis, tentera atau anggota keselamatan yang dilakonkan.
"Sebab itu khidmat perunding taktikal diperlukan kerana kami mempunyai pasukan yang mempunyai mereka yang pakar dalam bidang seperti menggunakan senjata, seni mempertahankan diri dan juga membabitkan babak aksi pertarungan dan perang," katanya kepada Astro Gempak.
Menariknya, Azman yang berkhidmat bersama syarikat Active Tactical menyediakan perkhidmatan sebagai perunding taktikal, latihan untuk pelakon melakonkan aksi lasak, peralatan taktikal dan juga latihan seni mempertahankan diri seperti taekwondo dan Muay Thai.
"Bagi mendapatkan lakonan yang berkesan, kami juga menyediakan pelakon terdiri daripada bekas anggota keselamatan yang berpengalaman dalam menggunakan senjata atau berlawan," katanya.
Azman memberitahu pasukannya pernah terbabit dalam pelbagai filem tempatan dan antarabangsa sebelum ini antaranya Anak Jantan, J Revolusi dan terbaru, Proksi lakonan utama, Ashraf Sinclair dan Remy Ishak.
"Ada 2 produksi dari Hong Kong juga pernah menggunakan khidmat kami untuk adegan perang dalam hutan iaitu pelakon sebagai pengganas.
"Apabila pelakon profesional ini menunjukkan cara pegang senjata dengan betul dan realistik maka pengarah tidak perlu pening kepala dan boleh fokus pada pengarahan," katanya.
Tambahnya, kesilapan pelakon ketika menggunakan senjata dalam lakonan boleh berlaku dalam mana-mana filem termasuk watak popular, Rambo yang menunjukkan aksi tidak masuk akal.
"Sekarang ini pembikinan filem atau drama kita untuk adegan aksi masih di peringkat awal.
"Tidak banyak produksi yang sanggup mengeluarkan bajet besar untuk adegan aksi sebegini. Bagaimanapun, apa jua lakonan yang dibuat, kami bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @proksimovie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Hiburan

“Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari

gempak
22/07/2024
04:55 MYT
Penyanyi dan juri Gimme The Mic Malaysia, Bunga Citra Lestari tampil memberi respons dakwaan sesetengah warganet mengenai dia kini sedang berbadan dua.
Viral

Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/06/2024
09:55 MYT
Perkongsian terkini Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagramnya baru-baru ini masih menyorot perhatian netizen.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.