Video memperlihatkan pelakon Nad Zainal yang tergesa-gesa ketika sedang melakukan food review selepas dijeling oleh suami, Ungku Ismail menyorot perhatian wargamaya.

Nad yang sedang melakukan food review bagi satu produk sambal menerusi siaran langsung di laman TikTok baru-baru ini berkata, dia terpaksa mempercepatkan sesi tersebut disebabkan suaminya telah menjeling ke arahnya.

“Saya kena cepat-cepat sebab dia (Ungku Ismail) dah jeling-jeling. Kena makan cepat. Maaf siaran tergendala pula sebentar tadi,” kata Nad.

Babak pada siaran langsung itu kemudian telah dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna di laman sosial berkenaan.

@nadzainal27 Laki Lintas Pulak ? ... #Nanad#ungkuismail#fyp ♬ bunyi asal - Nad_Zainal

Menjengah ke ruangan balas, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi wargamaya. Antaranya, ada yang menasihatkan pelakon Cina Buta itu untuk tidak mengambil makanan pedas terlebih dahulu memandangkan dirinya baharu sahaja pulih daripada sakit.

“Paru-paru awak baru elok, pantang la dulu,” kata seorang netizen.

Malah, ada juga yang mempersoalkan bentuk wajah Nad yang kelihatan lebih berisi daripada sebelum ini.

“Makin chubby Nad sekarang,” kata seorang netizen.

“Nampak makin berisi,” ujar seorang wargamaya.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail yang juga perkahwinannya buat kali kedua pada 23 Januari lalu.

Bagaimanapun, berita tentang perkahwinan itu hanya dikongsikan mereka kepada umum pada 29 Januari, kira-kira seminggu kemudian melalui media sosial milik mereka berdua.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.