Pelakon Randy Pangalila dan Elfira Loy telah menjadi chef profesional dengan menyertai pertandingan memasak antarabangsa di Jogja, Indonesia.
Bagaimanapun menjadi tukang masak itu hanyalah watak mereka berdua yang dibawakan di dalam telemovie Oh My English: Road To Jogja! bahagian 2 pada Ahad, 11 Disember ini.
Randy yang membawa dua watak iaitu Mr.J dan Maskor itu dalam telemovie tersebut merupakan seorang lelaki Indonesia yang menyamar lelaki misteri yang menganjurkan pertandingan memasak dan hanya memberi arahan menerusi radio.
Randy juga merupakan salah seorang peserta pertandingan iaitu membawa watak Maskor yang mencipta resipi masakan menggunakan pengiraaan komputer.
Sementara Elfira pula yang membawa watak Jazlin merupakan seorang gadis yang tabah, mahir dalam seni mempertahankan diri dan memasak yang dipelajari dari neneknya.
Jazlin juga bijak menyediakan sup menggunakan resipi turun temurun keluarganya. Di samping itu, dia boleh menyelesaikan masalah dengan mudah walapun sesukar mana sekalipun.
Secara ringkas, Oh My English: Road To Jogja! bahagian 2 mengisahkan perjalanan tiga sahabat iaitu Roax Tan yang membawa watak See Yew Soon (SYS), Zhafir Muzani sebagai Mazlee dan Juzzthin sebagai Zack pemilik kafe After School untuk menyertai pertandaingan memasak antarabangsa berprestij di Jogja, Indonesia.
Setibanya mereka di sana, terdapat chef-cehf handal lain yang turut sama mengambil bahagian termasuklah Jazlin lakonan Elfira Loy, dam Maskor yang dilakonakan ole Randy. Dengan gelaran juara dan ganjaran tunai menjadi pertaruhan, mereka mencuba sehabis baik menampilkan persembahan dan kreativiti dalam setiap masakan mereka.
Keadaan menjadi semakin pelik apabila beberapa kejadian tidak diingini berlaku dan seorang demi seorang chef yang bertanding mula ditimpa musibah.
Adakah mereka dapat melepaskan diri? Saksikan Oh My English: Road To Jogja! bahagian 2 yang akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610), Astro Prima (Saluran 105) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135) pada hari Ahad, 11 Disember 2016, jam 9.00 malam.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Sat Dec 10 2016
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.