Seorang rapper, Lil Nas X mencetuskan kontroversi apabila dia melancarkan kasut edisi khasnya yang diberi nama Kasut Syaitan atau Satan Shoes.

Rapper itu mengaku menamakan kasut yang dihasilkan kolaborasi bersama jenama dari New York, MSCHF itu dengan model Nike Air Max 97 juga mengandungi titisan darah manusia yang bercampur dengan bahan lain.

Menerusi laporan CNN, kasut ini direka dalam warna merah dan hitam. Selain mengandungi titisan darah, kasut tersebut juga mempunyai lambang pentagram.

"Kasut ini dijual dengan harga $1,018 (RM4,200) sepasang, mengikut muka surat dalam kitab Bible, 10:18 yang berbunyi: 'saya melihat syaitan jatuh dari syurga'. Terdapat setitis darah manusia di dalamnya," kata Pengarah Kreatif MSCHF, Kevin Wiesner.

Pihak MSCHF kemudian mengumumkan telah menjual sebanyak 666 pasang kasut edisi terhad dalam tempoh waktu kurang satu minit selepas dilancarkan. Lil Nas X sendiri memiliki edisi perama kasut tersebut, kata Pengarah Kreatif MSCHF, Kevin Wiesner.



Sementara itu, pihak Nike menafikan terbabit dalam kolaborasi kontroversi tersebut dan telah mengeluarkan saman terhadap MSCHF.

"Kami tidak mempunyai sebarang kaitan atau menjalin kolaborasi dengan Lil Nas atau MSCHF. Nike tidak menghasilkan kasut ataupun menjadikan rapper ini sebagai sebahagian daripada kempen kami," kata kenyataan yang dikeluarkan Nike.

Walaupun menerima kecaman hebat daripada segelintir pihak, Lil Nas X tetap berbangga kerana telah menghasilkan Kasut Syaitan ini.

Dia malah sempat membuat parodi meminta maaf dengan menyelitkan muzik video terbaharunya, Montero (Call Me By Your Name) yang telah ditonton lebih 1.8 juta kali di akaun YouTubenya.

Kredit Foto: MSCHF