Skip to main content

Trend Pasaran

Rare Habis! Pasangan Terpaksa Akad Nikah Dalam Keadaan Gelap Gara-Gara Masjid Terputus Elektrik

nikah-gelap.jpg
Sepasang suami isteri terpaksa disatukan dalam keadaan gelap apabila bekalan elektrik di masjid tempat pernikahan mereka secara tiba-tiba terputus.
 
Gambar pasangan berkenaan kemudian tular apabila dimuat naik oleh jurugambar, Raja Amer di Facebooknya. Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 921 kali.
 
Menurut Raja Amer, kejadian terbabit berlaku sebelum bermulanya akad nikah.
 
Menurutnya, bekalan elektrik terputus selama setengah jam dan tetamu yang hadir terpaksa mengunakan telefon bimbit untuk menggantikan lampu.
 
"Semalam sebelum akad nikah tiba-tiba blackout, makanya abang tak nak matikan momen masa akad nikah tu supaya esok akan jadi kenangan untuk pengantin.
 
"Jadi abang push tetapan ISO pada kamera. Mintak maaf banyak-banyak kalau noise teruk sebab abang pakai 'crop body' je," katanya.
 
Menjengah pada komen posting berkenaan, rata-rata netizen memuji kecekapan Raja Amer yang berjaya mengambil momen akad nikah terbabit dengan baik.
 
Kebanyakkannya beranggapan gambar gelap berkenaan lebih memfokuskan kepada pengantin berbanding tetamu yang hadir.
 
Pada masa sama Raja Amer turut berkongsi gambar diambil daripada kameranya yang mengunakan tetapan ISO tinggi.
 
Anda boleh lihatnya di bawah:
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement