Pelakon dan penyampai radio Elizad bersyukur kerana diberi peluang untuk mengendalikan segmen pagi di radio Sinar dalam Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu, Rahim dan Angah.
Elizad yang sebelum ini mengendali segmen Duo Sinar bersama Hefny Sahad menganggap ia rezeki buat diri dan keluarganya meskipun banyak perkara yang perlu dipelajari.
“Syukur padaMu Ya Allah dengan rezeki & pemberianMu yang tidak pernah habis-habis. Dari DUO SINAR akan bersama dengan mereka2 yg hebat ini PAGI DI SINAR seperti Jep , Rahim dan Angah.
“Rezeki buat saya dan keluarga kecil saya . Terus usaha , tawakal dan berdoa . Allah bagi peluang bekerjasama dengan mereka yang popular dan hebat ini . Rasa kecil sangat diri ini .
Banyak yang perlu dipelajari,” katanya.
Elizad yang juga seorang pengacara itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Viral
“Rasa Kecil Sangat Diri Ini”- Elizad Join Pagi Di Sinar Bersama Jep, Rahim & Angah