,
Laman Utama

“Rasa Macam Buang Air Kat Ruang Tamu” - Netizen Terpegun Tengok Kemewahan Tandas Aliff Syukri

Izwan Isa
04/02/2022
08:50 MYT
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan popular Datuk Aliff Syukri? Selain keletahnya di media sosial yang menjadi tumpuan, kemewahan yang sering ditampilkannya juga sering menyorot tarikan netizen.
Sebelum ini, viral tentang keluhannya sendiri apabila dia mendakwa rumahnya terlalu besar sehingga dia terpaksa meninggikan suaranya semata-mata untuk memanggil isterinya.
Justeru, tidak hairan jika ramai antara pengikutnya di laman sosial mahu melihat keadaan rumahnya dengan lebih dekat.
Terbaharu, seorang pengikut di TikTok mahu melihat keadaan bilik air utama yang berada di dalam rumahnya.
Bersetuju memenuhi permintaan pengikutnya, Aliff kemudian membuat tour mini ke beberapa bahagian bilik airnya yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan mewah termasuklah tab mandi yang bersaiz besar.
@aliffsyukriterlajaklaris Balas kepada @iwan_01111 nak tengok sangat.. saya tunjuk je untuk korang semua #fyp #fypシ ♬ original sound - Terlajaklaris
“Inilah bilik air saya yang korang nak tengok. Saya tunjuklah dekat korang. Bathub untuk saya restkan diri.
“Toilet saya untuk mandi apa semua. So korang dah tengok kan?” tulisnya ringkas pada video yang dimuat naik pada akaun TikToknya.
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata terpesona dengan keluasan bilik air mewah yang ada dalam rumah Aliff.
“Rasa macam buang air kat ruang tamu,” tulis seorang pengguna TikTok yang secara tidak langsung menyifatkan bilik air Aliff yang terlalu mewah.
“Aku nak ambik remote depan mata pun suruh adik aku, ini kalau nak ambik syampu mau lagi tiga hari baru siap mandi,” tulis seorang netizen berseloroh.
Dalam pada itu, ada juga yang bertanya adakah Aliff tidak takut dengan keluasan bilik airnya.
“Tandas besar sangat Datuk… tak ke takut berhantu? Nak berak pun dalam keadaan tak tenteram wooo… mata melilau je tengok kiri kanan atas bawah,” tulisnya.
Untuk rekod, rumah Aliff Syukri yang disebut netizen sebagai mahligai itu siap dibina pada 2018 di atas tanah berkeluasan 40,000 kaki persegi. Kos pembinaan difahamkan menelan belanja sebanyak RM20 juta.
Rumahnya mempunyai 30 buah bilik dan mempunyai bilik hiburan seperti panggung wayang dan bilik karaoke.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Terkini

Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."

gempak
27/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendedahkan ibu kepada salah seorang pembantu rumahnya yang melarikan diri minggu lalu ada menghubunginya baru-baru ini.
Viral

Ramai Terjebak Tonton Lumba Siput Sedut Atas Tudung Periuk

gempak
22/08/2024
19:55 MYT
Lebih 20,000 pengguna media sosial TikTok terjebak menonton perlumbaan siput sedut yang dikatakan sempena acara Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Viral

Pengikut Bertambah, Aswat Sanggup “Upgrade” Trek Lumba Siput Sedut

gempak
22/08/2024
10:25 MYT
Dari lima penonton ke puluhan ribu penonton, pemilik TikTok @tansri_ash, Muhammad Aswat Azdha Idris sendiri tidak menyangka bahawa content lumba siput sedut itu berjaya menarik minat warganet.