Berita
"Rasa Macam Kucing Dalam Sangkar!" - Fazley Yaakob Tawar Diri Untuk Ambil Gambar, Tapi Jawapan Makcik Ni...
Cef selebriti yang juga penyanyi Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa terkilannya apabila terpaksa berdepan dengan perangai individu yang gemar mengambil gambar dirinya tanpa meminta kebenaran.
Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, 41, meluahkan hal tersebut menerusi satu entri di Instagram.
"Saya sedang duduk di tepi pantai teman anak-anak berenang, tiba-tiba ada sekeluarga datang depan-depan, tuding-tuding "Eh artis kan dia?' Saya senyum.
"Lepas tu duduk sebelah saya dan anak-anak, curi-curi ambil gambar. Rasa macam kucing dalam sangkar!," luahnya.
Ekoran tidak senang dengan tindakan individu tersebut merakam gambar secara curi-curi, Fazley kemudian menawarkan dirinya untuk mengambil gambar bersama-sama secara elok.
Namun, maklum balas yang diterima daripada individu tersebut membuatkan pelantun lagu hit Asmara Ini itu terkedu.
"Sebenarnya, saya kemudian tawarkan 'Nak ambil gambar ke makcik? Jomlah saya pegangkan kamera kita selfie!'
"Tahu apa dia jawab? 'Maaf ya Fazley, saya tak minat artis-artis ni!'..Hahaha luah mati mak, telan mati bapa jadinya," ceritanya.
Menurut Fazley lagi, dia sentiasa bersifat terbuka untuk mengambil gambar dengan sesiapa sahaja yang datang kepadanya dengan cara yang betul.
"Kalau dia minta gambar elok-elok, saya mesti bagi. Atau tanya dan sapa serta beri salam saya mesti jawab. Masalahnya, masih ada orang yang kurang 'cara' apabila bertemu orang lain," luahnya.
Perkongsian Fazley itu kemudian pelbagai respons dalam kalangan netizen termasuklah rakan artis.
"Saya pernah cakap tentang adab nak ambil gambar juga tetapi sebahagian netizen kata kalau tak suka orang ambil gambar kandid jangan jadi artis.
"Saya pun tak faham, kenapalah segelintir orang tak boleh terima adab mudah dalam hidup," tulis penyanyi Farahdhiya.
Must-Watch Video