Penyanyi Khai Bahar berkongsi rasa teruja dapat berada satu pentas bersama bintang GV7, Linda Nanuwil.

Menurut Khai, pada mulanya dia berasa tidak percaya menerima jemputan untuk berduet bersama Linda menerusi lagu Bertakhta Di Hati nyanyian asal Farahdhiya.

“Saya sebenarnya teruja abila orang senior mengajak saya untuk berduet. Rasa rasa macam wow betul ke, saya fikir macam alah siapalah saya ini.

“Terima kasih kepada Linda kerana sudi ajak duet bersama untuk GV7. Apa yang saya janjikan semasa mula-mula nak duet dengan Linda adalah menyanyikan lagu itu dengan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah semuanya dah selesai tetapi rasa macam nak ulang lagi. Insya-Allah kalau diberi peluang untuk berduet dengan Linda sekali lagi saya tidak menolak,” katanya tersenyum.

Khai memberikan komen itu menerusi temu bual ringkas bersama Ria X yang dimuat naik di akaun rasmi program berkenaan.

Dalam pada itu Linda juga turut mengulas mengenai keserasian mereka berdua menerusi lagu berkenaan.

“Untuk duet yang betul-betul sempurna kita perlu habiskan banyak masa, tapi untuk kamu berlatih lagu ini cuma ada beberapa hari sahaja. So far saya dan Khai berpuas hati.

“Kalau tidak silap kami hanya ada masa dua hari sahaja, masa yang sangat singkat. Lagu ini pula arrangement agak sukar, jadi untuk untuk dapatkan betul-betul keserasian yang sempurna perlukan masa,” jelasnya.

Sekadar info, Linda berada di kedudukan ketujuh dengan jumlah markah sebanyak 64.50%.

BACA: Kurang Sihat, Rozita Izlyn Tersingkir Di Minggu Keenam GV7!

BACA: Corat-Coret GV7: Tatu Cliff Umar, Tudung Pendek Uyaina & Air Mata Yantzen...

BACA: GV7: Rozita Izlyn Badi Nyanyi Lagu Sendiri? Ini Recap & Komen Juri Minggu Keenam!


Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.