Cuti sekolah sudah tiba, pasti ibu bapa sedang mencari lokasi percutian yang sesuai serta memberi pengalaman yang menakjubkan untuk seisi keluarga

Usah bimbang, di The Top Penang iaitu menara tertinggi di Pulau Pinang ini, anda dan seisi keluarga pasti dapat meluangkan masa berkualiti disamping aktiviti yang meriangkan.

The Top Penang merupakan taman tema tertutup yang terbesar di Penang, menawarkan lebih 10 tarikan buat pengunjung.

Antara tarikan serta pengalaman yang meriangkan itu adalah Jurassic Research Centre, Top Boutique Aquarium, 7D Adventure, Penang State Gallery, Grafitvz – World Highest Rope course challenge, Tech Dome dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, sebagai negeri yang popular dengan keunikan makanannya, menara ini juga mempunyai restoran di atasnya yang mana pengunjung dapat menjamu selera dengan makanan yang enak sambil menikmati pemandangan indah hampir seluruh bandar Georgetown dari bangunan tertinggi itu.

Menariknya, sempena musim cuti sekolah ini lagi, kanak-kanak berpeluang berjumpa dengan kartun kegemaran mereka Pinkfong dan Baby Shark pada 15 dan 16 Disember ini.

Tunggu apa lagi, dapatkan tiket serendah RM90 sahaja untuk seorang dengan pembelian minima RM180 untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak bagi menikmati lebih 10 tarikan yang ada di The Top Penang terutama musim cuti sekolah ini.

Bagi pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh layari www.thetop.com.my atau hubungi nombor +604-2623800.