Memegang watak jejaka romantis Malaya sejak sekian lama, pasti ramai yang menjangkakan kehidupan dipenuhi keindahan.

Bermula dengan kerjaya sebagai pemuzik kemudian bergelar aktor, Rashidi Ishak melalui pelbagai transisi dalam kehidupannya.

Dalam Naura Shares episod tujuh malam ini, Rashidi akan berkongsi cerita dan pengalaman tentang kehidupannya yang menemui fasa pembaharuan.

Nak tahu lebih lanjut apa yang bakal dikongsi? Jangan lupa tonton malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Ashraf Muslim, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.