Laman Utama
Rasmi! Penduduk Dunia Kini Mencapai Angka 8 Bilion!
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayakan populasi dunia yang mencapai 8 bilion orang pada Selasa, 15 November 2022. Sambutan yang serupa sebelum ini berlaku 12 tahun lalu, apabila penduduk dunia ketika itu mencecah 7 bilion orang.
"Menjelang 15 November 2022, penduduk dunia diunjurkan mencecah 8 bilion, satu peristiwa penting dalam pembangunan manusia," kata PBB dalam laman web Day of Eight Billion.
Menurut organisasi antarabangsa itu, pertumbuhan penduduk dunia yang hebat dan tidak pernah berlaku sebelum ini adalah disebabkan oleh peningkatan beransur-ansur dalam jangka hayat manusia.
Hal Ini boleh berlaku bersama-sama dengan meningkatkan kualiti kesihatan awam, pemakanan, kebersihan diri, dan ketersediaan ubat-ubatan.
Pencapaian berkenaan juga adalah hasil daripada kadar kesuburan yang berterusan tinggi di beberapa negara.
PBB juga menganggarkan selama 15 tahun untuk mencapai populasi dunia sebanyak 9 bilion orang, gara-gara kadar pertumbuhan dilihat mula perlahan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video