Keluarga Diraja Britain mengeluarkan iklan mencari pembantu rumah profesional sebagai langkah memastikan kediaman pemegang takhta itu berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa.
Memetik laporan akhbar Metro UK pada Rabu, pembantu rumah baharu ini akan bekerja selama 40 jam seminggu sama ada di Istana Buckingham atau Istana Windsor.
Gaji yang ditawarkan adalah pada kadar £7.97 sejam (RM 43.88), kurang £1.93 (RM10) berbanding kos sara hidup standard di Britain.
Walaupun begitu, pembantu rumah ini akan menerima lokasi penginapan dan makanan yang disediakan oleh pihak istana.
Selain itu, antara faedah yang turut disediakan adalah 15 peratus skim pencen caruman majikan dan 33 hari cuti termasuk cuti umum.
“Ini adalah laluan kerjaya dalam hospitaliti yang akan mengembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas anda.
“Sertai pasukan profesional kami, anda akan membersihkan dan menjaga pelbagai ruang dalaman dan barangan serta memastikan ia dipersembahkan dengan sebaik mungkin,” tulis iklan itu.
Mereka yang berminat tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan kerana majikan iaitu Ratu Elizabeth sendiri lebih berminat dengan pendekatan proaktif dan keupayaan bakal kakitangannya untuk menangani cabaran baharu.
Orang ramai berpeluang membuat permohonan sehingga 19 Jun ini dan mereka yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga pada bulan Julai.
Azwa Rahman
Thu May 26 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara
Ada individu digelar 'budak jongos' kerap mengganggu Noniswara.

Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?