Seramai 119 wartawan terbunuh di Mexico sejak 2000, menjadikannya negara paling berbahaya di dunia untuk petugas media, lapor Agensi Anadolu.
Pada tahun ini sahaja lapan petugas media telah dibunuh di negara itu menjadikan Mexico paling berbahaya diikuti Afghanistan dan Filipina, menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan.
Keganasan yang dilakukan Mexico terhadap wartawan didokumentasikan dengan baik, dengan beberapa pemberita dibunuh akibat tugas mereka dan ia memang diketahui rakyat.
Sasaran utama wartawan adalah mereka yang melaporkan mengenai rasuah pegawai dan kaitan mereka dengan jenayah terancang.
Wartawan Miroslava Breach dibunuh dengan kejam pada Mac 2017 di Chihuahua, utara Mexico.
Miroslava melaporkan mengenai anggota geng tempatan dan kaitan mereka dengan ahli politik sebelum beliau ditembak lapan kali di kepala ketika menunggu untuk menghantar anaknya ke sekolah.
Minggu ini, bekas gabenor di perbandaran tempat tinggal Miroslava, Hugo Amed Schulz, ditahan kerana bersubahat dengan pembunuhan wartawan itu. Dua lagi suspek masih diburu.
Presiden Lopez Obrador berikrar untuk menamatkan keganasan terhadap wartawan sejak hari pertama memegang jawatan.
Namun, kurang sumber dan usaha politik bagi menghapuskan tindakan membalas dendam terhadap media itu, mencemari pemerintahannya.
Malah Obrador turut terbabit melakukan serangan langsung terhadap beberapa anggota media, menolak tugas mereka dalam kempen politik menentang pemerintahannya selain menggelar mereka penghasut dan anggota parti politik pembangkang.
Bagi meneruskan siasatan pembunuhan wartawan di Mexico, rangkaian jurnal global, Forbidden Stories, melancarkan siri penyiasatan, 'Projek Kartel', yang membuat liputan terhadap rangkaian kartel dadah Mexico dan hubungan mereka dengan ahli politik di dunia.
Jawatankuasa Melindungi Wartawan adalah pertubuhan bukan kerajaan yang berjuang untuk kebebasan bersuara dan membela hak wartawan di seluruh dunia.
Sumber: BERNAMA
Kredit Foto: Greentech Media
Maliah Surip
Thu Dec 24 2020


RM18.1 Bilion Telah Dikeluarkan, Hampir 30 Peratus Ahli KWSP Hanya Tinggal RM100 Dalam Bank
5.16 juta ahli telah keluarkan duit melalui skim i Sinar

#PMTepiKakGee: Ibuku 'Bersuami' Dua
semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik

Setelah Cubaan Pertama Gagal, Taecyeon Komen Comeback 2PM Tahun Ini
Please, please lah jadi tahun ni. Lama dah tunggu 2PM, sobs!

“Korang Akan Dapat Adik!” Issey Siap Tunjuk Stroller, Tapi Reaksi Krik Krik Anak-Anak Untuk Faham Memang Lawak
Krik krik tu yang paling lawak. Lucu la anak-anak Issey ni.

Side Kick Stephen Chow, Aktor Legenda Hong Kong, Ng Man Tat Meninggal Dunia
Ng cukup terkenal dengan aksi komedinya dalam Shaolin Soccer

“Takkan Saya Tak Dak Akai” – Mila Jirin Jawab Tuduhan Makan Tangan Kiri, Peminat Back Up: “Itukan Teknik Camera!”
Masih ada lagi yang suka tuduh-tuduh tanpa tahu sebab sebenar? Haish.

COVID-19: 2,364 Kes Positif Baharu, Selangor Masih Tertinggi
Jaga diri, jaga SOP, stay safe.

“Comel, Nampak Budak-Budak” - Licinnya Wajah Macam Kulit Telur! Hannah Delisha Makin Cantik Lepas Kahwin
Halusnya kulit Hannah Delisha ni, cantik terukkkkk!

#OhAbeNik: Flower Power! Girls... Ini Pokok Bunga Paling Mudah Tanam Dalam Rumah & Senang Jaga
Gegadis semua mari sini...

Vaksin Sinovac Tiba, KJ Sedia Jadi Penerima Pertama Suntikan Sinovac atau Spuntnik V
vaksin Sinovac perdana kali tiba hari ini