Menjelang musim perayaan ini, sudah tentu anda mahu menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Masalah batuk merupakan satu gangguan yang mendatangkan rasa tidak selesa di kala kesibukan musim
perayaan.

Kini, anda tidak perlu risau lagi jika mengalami batuk, minum saja Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus. Ubat batuk ini diformulasi khas untuk merawat batuk dan menghilangkan kahak secara efektif dengan menggunakan bahan semulajadi seperti gamat dan madu asli.



Gamat dan madu merupakan khazanah dalam dunia perubatan yang dipercayai tentang kebaikannya sejak turun temurun. Kedua-dua bahan ini juga membuatkan sirap ubat batuk Hurix’s ini lebih sedap diminum berbanding jenama ubat batuk lain di pasaran.

Selain rasa yang enak dan merawat batuk dengan berkesan, sirap ubat batuk ini juga tidak menyebabkan rasa mengantuk selepas diminum.

Menjelang musim perayaan, pelbagai juadah akan disajikan, ada juga hidangan yang menyebabkan rasa panas dalam badan. Selain merawat batuk, sirap ubat batuk ini juga mampu menyejukkan dalaman badan, bancuh saja dengan air kosong dan ianya boleh diminum untuk melegakan rasa panas dalam badan.



Sekarang, anda sudah temui pilhan yang terbaik untuk anda ketika mengalami masalah batuk dan pada masa yang sama, untuk menyejukkan dalaman badan, dapatkan Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus di farmasi dan kedai ubat berhampiran!