Laman Utama

“Raya Kali Ni Memang All Out!”- Beli 15 Pasang Baju Raya, Andi Bernadee Buat Open House Untuk 1 Kampung!

gempak
Syafiqah Jalal
05/05/2022
09:40 MYT
Sponsor Banner
“Raya Kali Ni Memang All Out!”- Beli 15 Pasang Baju Raya, Andi Bernadee Buat Open House Untuk 1 Kampung!
Selepas dua tahun ‘tertangguh’ Raya, penyanyi Andi Bernandee akui Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh meriah.
Kata Andi buat pertama kalinya, dia memiliki 15 pasang baju Raya sebagai persiapan untuk dua minggu menyambut Syawal di kampungnya di Kota Kinabalu, Sabah.
“Raya kali ini memang all out! Saya beli 15 pasang baju Melayu satu rekaan tapi berlainan warna.
“Saya memang rancang nak bercuti lama di kampung. Saya nak pakai baju Melayu selama dua minggu beraya di sana.
“Ini kira baju raya paling banyak yang pernah saya ada, jika tidak sebelum ini hanya ada 3 pasanng sahaja,” katanya kepada Gempak.
Andi ditemu bual ketika siding media virtual program Sampaikan Raya yang menampilknnya sebagai hos bergandingan dengan Janna Nick.
Sempena Syawal ke-3 ini juga, Andi tidak melepaskan peluang untuk mengadakan rumah terbuka dan bakal dihadiri lebih 200 orang tetamu.
“Dah 4 tahun saya tak buat open house, kali ini memang dah rancang akan untuk saudara dan rakan-rakan termasuk satu kampung. Baru meriah!” beritahunya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live