HIBURAN
Raya Sharnaaz Ahmad Jadi Suram Selepas Pemergian Bapa, Masih Pakai Jam Peninggalan Arwah - “Perasaan Saya Membeku, Jiwa Kosong…”
Pemergian bapa tercinta, Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad pada November tahun lalu membuatkan sambutan Syawal pelakon Sharnaaz Ahmad kali ini menjadi suram.
Jadi suram
Sharnaaz memberitahu keadaan tersebut menyebabkan dia tidak mempunyai hati untuk meraikan hari kemenangan buat seluruh umat Islam itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Kena Berdamai Dengan Reda” - Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Paling Dirindui Bersama Arwah Ayah
ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle ‘Tumbuk’ Muka Sharnaaz Ahmad Di Set Penggambaran - “Saya Juga Cedera…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Sharnaaz Banyak Pujuk Saya” - Shukri Yahaya Kembali Ke Layar Perak Selepas 5 Tahun Berehat
"Saya memang tak raya tahun ini dan setiap hai yang dilalui saya jalani hari tanpa fikir langsung pasal Ramadan ataupun raya. Raya tahun ini memang tak ada rasa langsung.
"Ini adalah raya paling tawar dalam hidup. Bangun pagi pun dalam keadaan 'blur'. Pergi sembahyang dan makan. Kalau boleh saya nak habiskan hari raya pertama itu segera tapi masa rasa lambat pula nak habis.
"Bila dah habis raya pertama, barulah rasa lega," katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis tayangan gala Blood Brothers Bara Naga, IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.
Rasa sedih
Apabila ditanya mengenai perasaannya saat mendengar alunan takbir, Sharnaaz meluahkan rasa syukur kerana dia masih mampu mengawal air matanya dari mengalir.
"Perasaan saya membeku, jiwa saya kosong dan tak ada rasa apapun. Alhamdulillah, tiada setitis pun air mata sejak hari raya pertama lagi.
"Kali terakhir saya menangis adalah ketika 40 hari selepas arwah pergi. Masa tu saya bersama Amelia Henderson kerana kami ada penggambaran di Johor.
"Perasaan sedih itu datang secara tiba-tiba. Badan saya rasa sejuk dan memang tidak mampu kawal perasaan sedih. Hari itu adalah hari paling teruk buat saya," ujarnya.
Jam peninggalan
Nyata ingatan Sharnaaz terhadap Allahyarham tidak penah terpadam dan sebagai penawar rindu, dia turut memakai jam tangan peninggalan arwah ketika menghadiri majlis tayangan filem lakonannya itu.
"Hari ini saya pakai jam bapa saya. Jam ni masih berbalut tisu hospital sebelum saya keluarkan dari simpanan" ungkapnya.
Allahyarham Bazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 27 November tahun lalu.
Bagaimanapun, Sharnaaz tidak berkongsi secara terperinci punca kematian, cuma memaklumkan arwah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Must-Watch Video