HIBURAN
Syafiq Kyle ‘Tumbuk’ Muka Sharnaaz Ahmad Di Set Penggambaran - “Saya Juga Cedera…”
Pelakon, Syafiq Kyle mendedahkan dia pernah mengalami kecederaan ketika melakonkan babak aksi dalam filem terbaharunya Blood Brothers: Bara Naga.
Menurut Syafiq, dia secara tidak sengaja telah menumbuk muka pelakon, Sharnaaz Ahmad ketika menjayakan satu babak bersama.
“Saya juga cedera ketika melakonkan watak dalam filem ini. Bukan saya je, Sharnaaz pun alami kecederaan bila saya tertumbuk bahagian mulut dia secara tak sengaja.
“Masa berlawan dengan Sharnaaz, memang banyak yang terkena sebab kawasan penggambaran tu agak malap. Jadi, banyak tumbukan yang tak dapat dielakkan,” katanya kepada Gempak.
Syafiq Kyle berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘meet and greet’ bersama pelakon Blood Brothers yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama One Cent Thief turut berkongsi keadaannya selepas mengalami kecederaan tersebut.
Jelasnya, ketika melakonkan aksi itu, dia tidak merasa sakit. Namun, selepas pulang ke rumah dan berehat, barulah dia mula merasakan kesakitan.
“Masa tengah berlakon, sakit tu kami tak rasa sangat. Bila balik rumah barulah dia rasa,” kongsinya.
Ambil masa untuk persiapan diri
Selain itu, Syafiq turut mendedahkan dia perlu mengambil masa selama empat bulan untuk berlatih dan melakonkan aksi pertarungan bersama pelakon-pelakon lain.
Katanya lagi, wataknya dalam filem tersebut memerlukan asas seni mempertahankan diri yang berasaskan silat.
“Saya tidak mahu spoilkan filem ini secara berlebihan tetapi apa yang boleh saya kongsikan adalah saya hanya ambil masa selama empat bulan untuk berlakon aksi lawan dengan pelakon-pelakon lain.
“Ini kerana asas untuk berlawan untuk watak saya adalah silat. Saya pula tak ada basic silat jadi, saya kena belajar sikit untuk nampakkan gerakan silat tu sebenarnya.
“Jadi, saya mula berlatih pada hujung Disember sampai bulan Mac dan bulan April tahun lepas baru saya start berlakon watak itu,” jelasnya.
Sekadar info, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya dan Sharnaaz Ahmad, bakal membintangi filem Blood Brothers: Bara Naga yang bakal ditayangkan bermula 10 April depan.
Filem ini turut dibintangi oleh Amelia Henderson, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.
BERITA BERKAITAN: “Sharnaaz Banyak Pujuk Saya” - Shukri Yahaya Kembali Ke Layar Perak Selepas 5 Tahun Berehat
BERITA BERKAITAN: Majlis Tertutup Syafiq Kyle & Mimi Lana, Tetamu Puji Keputusan ‘No Phone’ - “Rasa Macam Kahwin Pada...”
BERITA BERKAITAN: 14 Hari Berdoa Agar Berjodoh Dengan Mimi Lana, Sumpah Dan Cinta Matiku Jadi Teman Syafiq Kyle Semasa Kerjakan Umrah
BERITA BERKAITAN: Honeymoon Selepas Ramadan, Syafiq Kyle & Mimi Lana Diulit Bahagia - "Setiap Hari Kami Masak"
Must-Watch Video