Seorang pengguna Twitter makan hati tengok baju rayanya yang dirosakkan tukang jahit! Bayangkan lagi berapa hari je nak raya, berlaku pula insiden ‘menyayat hati’ macam ni.

Mahunya tak pening kepala?

Pengguna Twitter tersebut yang menggunakan nama @dee meluahkan rasa kecewanya apabila kain material batik pemberian ibu jahanam di tangan tukang jahit.

Sudahlah baju rosak, apabila ditegur tukang jahit tanpa rasa bersalah menyalahkan bentuk badannya pula.

*Main sambung-sambung macam jahit kain perca!*

“Makcik ni tak ambik ukuran orang lain. Memang ukuran saya. Tapi tak sangka la dia boleh kata, "ok lah ni. Awak pun gemuk sangat haha". Saya ni malas nak marah. Fikir orang tua je. Bukan tak mintak refund ye, dah mintak. Sampai berkaca mata saya ni. Tapi makcik tu dah tarik muka.

“Beliau ada offer untuk alter semula baju saya ya, tapi saya tak berani takut tak jadi baju da. Terima kasih yang bagi idea cemana nak repair. Raya tahun ni tunda. Sekian,” tulisnya menerusi sebuah posting pada Selasa.



Kata Dee lagi, dia yakin untuk menghantar tempahan kepada tukang jahit tersebut kerana berpuas hati dengan hasil kerja tangan sebelum ini.

Tambahan lagi tukang jahit tersebut sudah lama membuka kedai di kawasan tersebut.

“Makcik tu pun dah lama buka kedai jahit. Sebab tu tak fikir akan jadi macam ni. Selalu hantar potong kaki seluar, kemas je jahitan dia. Sebelum tempah, memang saya tanya banyak kali, boleh ke makcik buat, saya nak baju kurung biasa je, sebab kain ni mak bagi. Makcik tu kata boleh,” tulisnya.

Apa yang membuatkan Dee lebih terkilan ialah, kain bermotifkan berwarna merah jambu lembut itu merupakan pemberian daripada ibu tersayang.



Entri dimuat naik Dee telah menerima lebih 600 komen, 5 ribu tanda suka dan hampir 9ribu ulang kicau di Twitter.

Sementara itu, pelbagai komen daripada warga net termasuk yang mengecam tukang jahit tersebut dan berkongsi pengalaman serupa.

Ada juga di antara mereka yang mengulang kicau bebenang ditulis Dee dan meminta bantuan tukang jahit terdekat untuk membetulkan dan mengubahsuai baju tersebut.