Berita
Raya Tanpa Ibu Di Kampung? Ini 5 Video Masakan Mudah Untuk Juadah & Dessert Syawal Ini!
Syawal kali ini pasti berbeza daripada sebelum ini kerana rakyat Malaysia masih dalam musim Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat (PKPB).
Malah Aidilfitri kali ini mungkin agak kekok terutama buat anak bujang yang terkandas di bandar selepas kerajaan tidak membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya bersama keluarga.
Namun, jangan bersedih apa pun yang berlaku Syawal harus disambut sempena meraikan kejayaan selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan.
Rindu juadah raya masakan ibu di kampung? Jangan bimbang, Syawal anda kali ini pasti bermakna jika anda dapat masaknya sendiri menggunakan air tangan anda.
Di sini, Gempak kongsikan 5 video masakan yang mudah dan ringkas untuk anda jadikan juadah di Hari Raya!
Banana Nutella Galette
Resepi: Syaira dari IG @fluffbakery di IG @astrogempak
Bahan-Bahannya:
1 pie
112g plain flour
7g gula
2g garam
112g butter
57g air sejuk
Filling:
2-3 pisang
Nutella
Glaze:
1 biji telur
7g cream
Secubit garam
Rendang Ayam Resepi: IG @khairulaming
Bahan-Bahan:
3 biji bawang besar
5 batang serai
10 batang cili
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sebesar ibu jari
Kunyit hidup sebesar ibu jari
4 ulas bwg putih
1 ekor ayam
Gula
Garam
2/3 kotak kecil santan
1 sudu kerisik
1 asam keping
3-4 helai daun limau purut
1-2 helai daun kunyit
Cara-caranya:
Kuah Kacang
Resepi: IG @yatiekitchen
Bahan-bahanya:
6 Tangkai Cili Kering
2 Biji Bawang Merah
6 Batang Serai
Lengkuas sebesar Ibu jari Kaki Kiri x 2
Halia sebesar Ibu jari Kaki Kanan x 2
6 ulas bawang putih
Kunyit Hidup sebesar jari kelinking
500 gram Kacang Tanah Halus
Asam Keping x 1
Gula melaka 1/2 Buku
Gula Perang Pasir 2 sudu besar
Santan 2 Kotak
Cili Kisar 1 Mangkuk kecik
Biskut Jejari Milo Berbadam
Resepi: IG @ashhryyyyy
Bahan-bahannya:
MILO with Whole Grain Cereal
Badam
Butter
Susu
Jus Tembikai Rambutan Resepi: IG @syafkun
Bahan-bahanya:
1 tin rambutan with syrup
Tembikai (Separuh)
Serbuk Asam Boi
Selamat mencuba! Moga hari raya anda kali ini lebih bermakna meksipun tidak berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan!
Must-Watch Video