Pelakon Raysha Rizrose mengesahkan dirinya kini sudah mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihan hatinya, Nabil Jefri.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Raysha menerusi satu hantaran terkini di laman Instagram miliknya pada Selasa.

“Alhamdulillah, secara rasminya saya sudah bertunang,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

A post shared by Raysha Rizrose (@raysharizrose)

Pada hantaran sama, Rasya turut berkongsi beberapa gambar dirinya disarungkan cincin bertunang oleh ibu kepada Nabil yang juga pelumba kereta Formula 3 buat tatapan umum.

Menjengah ke ruangan balas, ramai dalam kalangan selebriti dan wargamaya menyampaikan ucapan tahniah selain mendoakan urusan pasangan tersebut dipermudahkan.

“Omg super super pretty, tahniah. I am happy for you,” kata Nabila Razali.

“Congratulations beautiful,” komen Ruhainies.

“Alhamdulillah, OMG, I am so happy for you adik,” ujar Catriona Ross.

Terdahulu, tular sekeping gambar yang mendakwa Rasya sudah bertunang dengan Nabil pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun kesahihan berita tersebut ketika itu tidak dapat disahkan.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.