Mahkamah Rayuan menangguhkan prosiding rayuan pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari terhadap sabitan dan hukuman penjara sembilan bulan bagi kesalahan berkaitan dadah setelah peguamnya terlibat dalam perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada Khamis.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Ghazali Cha membenarkan penangguhan yang dimohon peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Farid Kamil.
Hisyam memberitahu mahkamah bahawa beliau terlibat dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu yang melibatkan kontrak sistem visa luar negara di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Timbalan Pendawa Raya, Eyu Ghim Siang tidak membantah permohonan penangguhan tersebut. Abdul Karim kemudian menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes.
Selain rayuan Farid Kamil terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kes berkaitan dadah, Mahkamah Rayuan juga sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan yang dikenakan ke atas Farid Kamil, dengan denda RM5,000 kerana menggunakan kekerasan jenayah ke atas anggota polis.
Pendakwaan juga memohon lanjutan masa bagi memfailkan notis rayuan bagi kes yang sama (menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis).
Farid Kamil, 40, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan diperintahkan supaya diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019.
Dia gagal rayuannya pada 2019, setelah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadap Farid kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari pada 11 Jan 2018.
Dia juga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret kerana mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap Muhammad Nizam mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.
Dia diperintahkan menjalani hukuman itu serentak.
Bagaimanapun, susulan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan itu digantikan dengan denda RM500.
Pada 5 Jan lepas, Farid Kamil gagal untuk gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis.
Sementara itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara empat bulan dengan denda RM500 bagi kesalahan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan kerana gagal lanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuannya.
Farid Kamil juga diwakili peguam Kee Wei Lon.
Sumber: Bernama
Gempak
Fri May 20 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?

"Kisah Wayang S**l..." - Nam Ron Dedah Situasi Sebenar Industri Filem Yang Ramai Tak Tahu
Nam Ron dedah realiti anak wayang.
![[VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?” [VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/tudungfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?”
Tak baik betul