VIRAL
Reaksi Khabib Tolak Bersalam Dengan Pengacara Wanita Dapat Pujian Ramai - “Mad Respect”
Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov mencuri perhatian ramai ketika siaran langsung final Liga Juara-Juara UEFA 2025 di Allianz Arena, Munich, baru-baru ini.
Menerusi sebuah rakaman video yang tular di platform X, pengacara CBS Sports, Kate Abdo menghulurkan tanga untuk bersalaman, namun Khabib menolak dengan sopan.
Reaksi tersebut dirakam usai kemenangan Paris Saint-Germain ke atas Inter Milan 5-0.
Berpegang kepada prinsip Islam yang melarang bersentuhan dengan wanita bukan mahram, Khabib sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.
Reaksi Kate Abdo yang segera menarik balik tangannya dan meminta maaf turut menarik perhatian ramai.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netzien memuji tindakan penuh hormat dari kedua-dua pihak itu.
Malah rata-rata netizen Muslim dan bukan Muslim turut memberi reaksi dengan cara Khabib dan Kate saling menghormati.
Must-Watch Video