"Reaksi Tunang Okay Je” - Terpalit Isu Rampas Kekasih, Yonnyboii Mahu Bersikap Lebih Matang, Handle Kontroversi Secara…
Penyanyi rap Yonnyboii mengambil langkah untuk bersikap matang dalam menangani konflik membabit tunangnya bersama seorang penyampai radio.
Menurut Yonnyboii, bukan hanya dia, malah tunangnya Nik Nazira Narriman, 22, juga tidak melatah apabila berdepan kontroversi berkenaan.
“Reaksi tunang okay je, dia tak adalah terkejut.
“Kami cuba handle benda macam ni properly,” katanya kepada Gempak.
Jelas Yonnyboii, dia dan tunangnya kini mahu memfokuskan isu yang lebih penting termasuklah perancangan perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung awal tahun depan.
“Apa yang penting sekarang ini, urusan nak berkahwin saja yang dijangka berlangsung 22 Januari depan,” katanya.
Untuk rekod, Yonnyboii membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya yang juga 'influencer' 9 Oktober lalu.
Isu kemudian tercetus apabila Imran Aqil yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.
Imran, 22, berkata, dia tak sangka pasangan itu mengikat tali pertunangan memandangkan hubungan dia dan bekas kekasihnya itu putus pada 9 September lalu.
BACA: "Cukup-Cukuplah Perbesarkan Isu Ini” - Dituduh Rampas Kekasih Orang, Yonnyboii Tak Ambil Peduli, Mahu Fokus Majlis Kahwin Pada…