Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal untuk jenama Ford di Malaysia mengadakan promosi jualan dan servis untuk sambutan hujung tahun serta perayaan yang bakal menjelang.
Bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020, pelanggan yang membeli Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km, hadiah bernilai RM2,000 dan payung golf Ford Performance yang eksklusif. Ranger WildTrak turut didatangkan dengan rebat tunai RM3,000 sepanjang tempoh promosi itu.
Lebih menarik lagi, SDAC turut menawarkan beberapa promosi penyelenggaraan kepada pemilik Ford termasuk pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma oleh juruteknik-juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna untuk perjalanan jauh dan selamat sentiasa.

Dalam masa kempen yang sama, pelanggan juga dapat menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih dan minyak enjin untuk model-model terpilih.
Hanya alat ganti tulen yang digunakan untuk memberikan jaminan kualiti yang lebih besar. Lebih penjimatan sebanyak 10 peratus untuk upah bagi pakej-pakej pelincir, brek dan tali sawat pemasa (timing belt) untuk model-model terpilih turut ditawarkan.
Sebagai tambahan, semua pelanggan yang membayar secara tunai dengan perbelanjaan RM350 ke atas dalam satu resit akan menerima set kutleri yang eksklusif. Semua pelanggan penyelenggaraan juga akan menerima paket ‘Ang Pao’ Ford.
Berita Tempatan
Rebat RM3,000 dan banyak lagi menanti anda jika beli Ford Ranger bermula hari ini