Syarikat barang kemas Solow & Co Inc mendedahkan bahawa penyanyi Justin Bieber telah banyak terlibat dalam proses mereka bentuk cincin pertunangannya bersama model terkenal, Hailey Baldwin.

Syarikat tersebut telah banyak menghasilkan barang kemas untuk Bieber sejak sepuluh tahun yang lalu dan dia telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap hasil kerja mereka.

"Dia membantu kami dengan mereka bentuk cincin tersebut dan dia mahu cincin tersebut kelihatan cantik di jari tunangnya.

"Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya," kata wakil dari Solow & Co.

Pasangan tersebut baru sahaja mengikat tali pertunangan dan telah membuatkan semua peminat sentiasa ternanti-nanti akan perkembangan seterusnya.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com