Tidak sampai dua bulan saja lagi, model terbaru iPhone 11 bakal dilancarkan oleh Apple Inc iaitu pada sekitar September.

Seperti biasa, sebelum diumumkan secara rasmi, beberapa gambar memaparkan rekaan model terbaru itu sudahpun terdedah.

Biarpun hanya jangkaan orang ramai, namun kebiasaannya gambar yang tertiris di media sosial ini hampir 90 peratus tepat.

Terbaru, 'casing' yang didakwa milik iPhone 11 telah dimuat naik oleh 'YouTubers' Filip Koroy atau lebih dikenali sebagai @EverythingApplePro.

Berdasarkan gambar terbabit, rekaan terbaru iPhone ini kelihatan sedikit pelik terutama pada bahagian belakang.

Terdapat dua model yang mempunyai tiga lensa dan hanya satu model dilengkapi satu sensor.

Malah kamera 'bump' pada peranti itu juga kelihatan lebih besar daripada model sebelumnya.

Anda boleh lihatnya di bawah.

(EMBED VIDEO)

Difahamkan juga, iPhone 11 tidak akan dilengkapi teknologi titik kuantum (quantum dot) yang memberikan kemampuan yang lebih baik berbanding sensor CMOS sedia ada.

Apple membuat keputusan berkenaan selepas mendapati teknologi itu boleh menyebabkan masalah kebocoran privasi.