HIBURAN
Rekaan Samping Suami Tyra Kamaruzzaman Diciplak? Dah Contact Usahawan Baju Melayu Tapi Banyak Alasan - “Sudah Berbulan Lamanya…”
Usahawan dan pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa kecewa selepas seorang usahawan Baju Melayu didakwa telah menciplak hasil rekaan samping suaminya, Emran Rijal.
Jelas Tyra dalam satu perkongsian di Instagram, corak itu merupakan hasil tangan turun temurun keluarga suaminya sejak dari tahun 1890.
“Design samping ini adalah peninggalan nenek moyang Emran yang diturunkan kepada keturunannya sejak dari tahun 1890.
“Design ini juga adalah ‘trademark’ bagi keluarga Emran kerana ia merupakan warisan turun-temurun,” kongsi Tyra.
Tyra juga berkongsi sekeping gambar memaparkan sijil pengesahan mengenai reka bentuk samping tersebut di bawah Akta Hak Cipta 1987 kepunyaan keluarga suaminya.
Tidak berhenti disitu, Tyra juga mengemukakan bukti bahawa Emran sudah cuba menghubungi usahawan berkenaan menerusi Instagram untuk berbincang mengenai perkara tersebut secara profesional.
Namun, usahawan tersebut seolah-olah cuba melambatkan pertemuan dan memberi seribu satu alasan kepada Emran.
“Emran dah berhubung dengan pemilik (Elrah) tetapi dia memberikan pelbagai alasan untuk berjumpa.
“Sudah berbulan lamanya mereka berhubung namun pemilik tersebut memaklumkan tidak mempunyai masa untuk berjumpa (tetapi ada masa untuk bekerjasama bersama beberapa artis),” tambahnya.
Must-Watch Video