Nikmat apa yang ingin didustakan sekiranya dapat memiliki telefon pintar semantap HONOR X9b 5G ini.

Buktiknya, HONOR X9b 5G ini telah menerima pratempahan melebihi RM10 juta hanya dalam masa seminggu selepas dilancarkan.

Confirm korang tertanya-tanya apalah yang best sangat HONOR X9b 5G ni sampai ramai orang terus buat tempahan kan.

Di bawah ini kami kongsikan antara sebab mengapa HONOR X9b 5G ini menjadi pilihan ramai.

#Terpaling Tahan Lasak


HONOR X9b 5G tahan lasak 360° dan merupakan telefon pintar pertama di dunia untuk menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland.

Rintangan jatuh telefon pintar in ditambah baik daripada 1 meter kepada 1.5 meter dan melindungi setiap sudut paparan lengkung AMOLED Ultra Tahan Lasak.

Berbanding pendahulunya, ketahanan paparan HONOR X9b 5G telah ditingkatkan tiga kali ganda, menjadikannya telefon HONOR paling lasak setakat ini.

Peminat pasti berpuas hat dengan penaiktarafan Perlindungan Skin Retak Bahagiar Depan & Belakang 365 hari secara percuma.


#Bateri Dengan Kuasa Kapasiti Terbesar

Meskipun berat HONOR X9b 5G hanya 185g dan badan nipis 7.98mm, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri besar 5800mAh, paling besar dalam segmennya.

Kuasa tersebut mencukupi untuk menghidupkan peranti ini sehingga tiga hari dengan penggunaan biasa.

Anda boleh menikmti sehingga 19 jam video tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih, atau 22 jam melayari media sosial dengan hanya sekali pengecasan. Tah perlu pakai powerbank pun. Lagi tahan lagi best!


#Storan Besar + UFS 3.1


HONOR X9b 5G hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya untuk ‘multitask' yang lancar tanpa sebarang gangguan.

Dimuatkan penstoran ROM 265GB, anda kini boleh menyimpan semua gambar atau fail penting.

Prestasi turut dinaiktaraf dengan penstoran dalaman 256GB berkelajuan UFS 3.1 yang lazim ada pada telefon pintar premium.

Bacaan dan menulis juga dua kali ganda pantas seperti pesaing dalam segmen kelas pertengahan.


#Skrin Yang Menjaga Mata Dan Beresolusi Tinggi

HONOR X9b 5G mengetengahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K 6.78 inci yang menawan dengan 1.07 billion warna, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan setinggi 1200nits.

Ciri-ciri tersebut menjadikan HONOR X9b 5G antara telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan terbaik.
Sebagai bukti komitmen HONOR terhadap user-centricity, HONOR sentiasa berusaha untuk menyediakan teknologi keselesaan mata yang terkemuka dalam industri kepada penggunanya.

Komitmen ini juga meliputi telefon pintar kelas mid-range seperti HONOR X9b.

Penglihatan lebih selesa terjamin dengan ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik dan Pensifilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland untuk hiburan tapa gangguan.


#Persamaan Warna Dengan Telefon Flagship Setinggi 99%


Untuk perbandingan, warna HONOR X9b 5G Sunrise Orange dan Midnight Black sangat serupa dengan warna Huawei Mate 50 Pro!

Kedua-dua telefon varian oren ini diperbuat daripada kulit dan tekstur kulit terasa sangat premium manakala untuk warna hitam, HONOR X9b 5G menggunakan kemasan matte, ia didatangkan dengan la kelihatan mister dan mulia.

Kedua-dua warna bebas cap jari. Selain daripada itu, HONOR X9b 5G juga boleh didapati dalam warna perak.



#Perbezaan Harga Yang Besar


Sukar untuk dipercayai bahawa perbezaan harga antara kedua-dua telefon ni adalah beberapa ribu, HONOR X9b 5G berharga hanya RM1,499 tetapi mempunyai penampilan yang sama dengan Huawei Mate 50 Pro yang berharga RM4299!



HARGA


Dengan bajet RM1500 pun anda sudah boleh memiliki telefon bertaraf flagship tau!

HONOR X9b 5G ditawarkan pada harga RM1,499 dan didatangi dengan hadiah bernilai sehingga RM759 termasuklah Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan fon puting telinga HONOR CHOICE Earbuds X5.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan HONOR X9b 5G di kedai HONOR, laman web rasmi HIHONOR.COM, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee

HONOR Official Store, HONOR Malaysia TikTok Shop, kedai pengedar sah, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis, Yes, Celcomdigi dan Umobile.