Laman Utama

“Rekod Suhu Tidak Sepatutnya Dicatatkan Dalam Buku Atau Digital” - Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia

gempak
Hanafis Haris
27/08/2020
09:46 MYT
Sponsor Banner
“Rekod Suhu Tidak Sepatutnya Dicatatkan Dalam Buku Atau Digital” - Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia

Selepas hampir enam bulan rakyat Malaysia melakukan norma baharu ini, rupanya merekod suhu badan ketika pemeriksaan di mana-mana premis perniagaan tidak sepatutnya dicatatkan dalam buku atau disimpan secara rekod digital.

Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Menerusi Harian Metro, Zahidi menjelaskan penyimpanan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan kerangka tatacara pengendalian dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

“Berdasarkan garis panduan itu, hanya nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan.

“Maklumat itu direkod sama ada pada buku atau secara simpanan digital.

"Data peribadi ini hanya digunakan untuk pengesanan kontak,” katanya.

Tambahnya, tempoh simpanan data pengunjung ialah sehingga enam bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mesti dimusnahkan dan dipadam secara kekal selepas sembilan bulan.

"Cuma sedikit kekeliruan, kalau kita pergi ke premis perniagaan, dia tulis suhu badan, maka ini tidak wajib dan maka dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia salah.

"Penulisan suhu badan tidak boleh dilakukan," katanya.

Zahidi berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: Harian Metro

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live