Laman Utama
Remaja Lelaki Cium Anak Nora Mohon Maaf
Remaja lelaki yang terbabit dalam adegan bercumbu dengan anak perempuan penyanyi popular Nora Ariffin, Zuher membuat permohonan maaf secara terbuka pada Sabtu.
Menerusi video permohonan maaf tersebut, Zuher mengakui kesilapannya dan bertanggungjawab atas menularan video memalukan itu.
Advertisement
"Saya Mohd Zuher yang baru-baru ini viral ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Nora dan keluarga saya sendiri.
"Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Nora iaitu Putri Nor Dahlia untuk dijadikan viral.
"Saya juga amat menyesali atas apa yang telah saya lakukan," katanya.
Zuher turut memohon netizen agar tidak terus menularkan video yang memalukan itu.
"Saya juga meminta jasa baik netizen untuk menghentikan penularan video berkenaan.
"Akhir kata dari saya, saya ingin memohon maaf atas penularan video tersebut," tambahnya.
Tular baru-baru ini sepotong video yang memaparkan aksi bercumbu anak Nora, Putri Nor Dahlia dan remaja berkenaan yang dikenali sebagai Zuher.
Video terbabit mendapat kecaman netizen dan dianggap telah mencalarkan reputasi Nora sebagai artis yang bersih dari kontroversi selama ini.
Must-Watch Video