Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
Gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT
Seorang remaja rebah sebelum meninggal dunia ketika hendak menyaksikan perlawanan Piala FA antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, di sini, pada Jumaat.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Rebah Tak Sedarkan Diri

Beliau berkata, remaja berusia 18 tahun itu rebah semasa berada di tempat duduk penonton di stadium itu pada jam 7 petang.
"Sebelum itu, remaja tersebut datang ke stadium bersama adiknya bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kedah dan JDT.

"Bagaimanapun, dia dikatakan telah rebah dan tidak sedarkan diri semasa berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertugas di stadium untuk membawa remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi menerima rawatan

Disahkan Meninggal Dunia.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, pegawai perubatan telah mengesahkan remaja tersebut telah meninggal dunia setibanya di Zon Kecemasan HSB.

Tambahnya, semakan dan temubual ke atas waris mendapati remaja tersebut merupakan seorang penghidap sakit jantung sejak kecil.

Kata beliau, pihak perubatan HSB juga telah mengesahkan sebab kematian sebagai "Complex Cyanotic Heart Disease" iaitu berkait sakit jantung yang dihidapi.
Siti Nor Salawati turut memberitahu, pihaknya menerima laporan berkenaan kematian remaja tersebut pada jam 8.18 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live