,
Laman Utama

Remy Ishak Dedah Dah Ada Nama Anak Sebelum Kahwin Lagi - "Saya Dah Berbincang Dengan Isteri..."

Syafiqah Jalal
10/04/2023
14:44 MYT
Aktor Remy Ishak mendedahkan dia sudah ada nama buat cahaya mata pertamanya yang akan dilahirkan kelak.
Kata Remy nama itu dipilih sebelum dia mendirikan rimah tangga dengan isterinya, Ezza Yusof lagi.
"Sebenarnya nama anak sebelum kahwin lagi saya dah ada dalam senarai pilihan saya. Kalau dapat bayi perempuan nama apa, lelaki pun ada senarai.
"Saya pun dah berbincang dengan isteri mengenai nama-nama yang saya suka.
Dia pun nampaknya seperti tak ada masalah.
"Nama itu saya pilih kerana waktu dulu saya memang suka cipta gabungan nama yang saya suka tapi bukan merujuk pada individu tertentu," katanya kepada Astro Gempak.
Remy ditemui Gempak ketika Majlis Bebuka Raya Screening di Le Meridian, Petaling Jaya minggu lalu.
Apabila ditanya keadaan isterinya terkini yang sudah memasuki trimester kedua, Remy memberitahu Ezza tidak mengalami alahan seperti wanita hamil yang lain.
"Alhamdulillah isteri dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan dan tiada pula mengidam yang pelik-pelik.
"Cuma dia sekarang jadi agak sensitif sikit," ujarnya.
Sekadar info, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21
Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar