Laman Utama

Rentas negeri Untuk Yang Bujang? Ini Penjelasan Hishammuddin

gempak
Awani
10/08/2021
00:42 MYT
Sponsor Banner
Rentas negeri Untuk Yang Bujang? Ini Penjelasan Hishammuddin
Kerajaan perlu mempertimbangkan pelbagai perkara termasuk risiko yang tinggi sebelum membenarkan individu berusia lebih 18 tahun dan lengkap divaksin untuk merentas negeri atau daerah bagi bertemu ibu bapa.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata apabila pihaknya melihat kepada risiko untuk membenarkan mereka yang bujang merentas negeri atau daerah, jumlahnya begitu besar.
Justeru, pihaknya mengambil pendekatan awal untuk membenarkan ibu bapa yang tinggal berasingan dengan anak di bawah 18 tahun, sekali gus memantau pelaksanaannya. "InsyaAllah, kalau ini dapat dijayakan dan jumlah yang kita tengok daripada keputusan ini tidak menyebabkan jumlah kes COVID-19 meningkat, tidak ada sebab kita tidak dapat untuk masa-masa akan datang memperluaskannya kepada mereka yang bujang.
"Jumlah mereka (individu bujang) kalau kita buka kepada mereka, jumlahnya begitu besar dan risiko yang terpaksa kita pikul terlalu tinggi.
"Itu mungkin akan menimbulkan masalah yang lain kalau tidak ada disiplin, tidak patuh SOP, kita tidak mampu memantau dan juga kuat kuasa apa yang telah diumumkan," katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini.
Jelasnya, keputusan membenarkan ibu bapa yang telah lama terpisah dengan anak-anak di bawah usia 18 tahun ini bersandarkan kepada kesejahteraan kesihatan mental individu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad turut berkata bermula Selasa ini (10 Ogos) mana-mana pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
Selain pasangan suami isteri, ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap juga dibenarkan berbuat demikian untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024