Aktres jelita Rozita Che Wan mencuri perhatian ramai apabila berkongsi resipi ciptaannya untuk hidangan ikan talapia masak lemak ulam pegaga.

Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik sebuah video masakannya itu untuk tatapan umum.

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)


Namun di sebalik perkongsian tersebut, ada segelintir wargamaya yang mempertikaikan cara masakan Che Ta kerana dikatakan tidak mengikut resipi sebenar menu yang popular di negeri selatan tanah air.

“Kami belah Negeri Sembilan kalau masak lemak cili padi takdenya daun kunyit serai tu. Buh asam keping ja, kunyit hidup, cili padi. Dan santan perah sendiri. Santan kotak is a NO NO,” komen seorang wargamaya.

Menjawab pertikaian tersebut, Che Ta menegaskan masakannya tidak menjurus kepada mana-mana negeri yang ada di Malaysia.

“Tak kisah masak macam mana pun janji sedap. Kami tak kata pun masak lemak Negeri Sembilan,” jelas Che Ta.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya tampil mempertahankan resipi Che Ta memandangkan setiap negeri ada cara masakan tersendiri.

“Sedap je santan kotak, lagi lagi cap Kara, pekat. Daun kunyit dengan serai tu bagi wangi. Hang apa tau, sibuk je,” tulis seorang wargamaya.

“Lantaklah depa nak kata apa sendiri masak sendiri makan, betul tak Che Ta. Saya syok tengok Che Ta masak,” kata seorang wargamaya.

“Sibuk dah negeri tu duk claim. Semak aku orang macam ni. Macam negeri dia sorang ada masak lemak. Ni cara Che Ta, cara kami orang utara,” berang seorang wargamaya.

“Setiap negeri ada cara masak lemak masing masing. Orang nogori sendiri pun ada macam macam versi, kawan saya orang N9 yang cakap,” ujar seorang wargamaya.

“Semua negeri ada cara masing-masing buat masak lemak,” tegas seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video terbaru telah menerima hampir 150,000 tontonan daripada pengikutnya.