Aktor Syafiq Kyle mengaku ikut bahagia dan gembira melihat rakan seindustri, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengukuhkan ikatan percintaan mereka dengan menuju gerbang perkahwinan.
Syafiq, 28, mengatakan tidak menyangka akan menyaksikan 'adegan' Kamal Adli membuat kejutan melamar kekasihnya, Uqasha sewaktu menjadi penyampai anugerah dalam Anugerah MeleTOP 2020 secara langsung yang disiarkan malam tadi.
Walaupun enggan dikaitkan dengan Uqasha setelah pernah didakwa rapat bersama pelakon wanita itu, namun Syafiq tetap profesional dan menjawab pertanyaan media dengan baik.
"Saya ikut gembira. Saya doakan kebahagiaan mereka," kata Syafiq yang ditemui media usai AME2020 lewat malam tadi.
Ungkap Syafiq lagi, dia juga meminta agar semua pihak mendoakan kebahagiaannya.
"Doakan juga saya bahagia dan saya doakan semua orang menemui kebahagiaan yang dicari," tambahnya lagi.
Malah saat ditanya bagaimana hubungannya dengan pelakon Mimi Lana yang sempat dikhabarkan putus, Syafiq memilih jawapan selamat. Dia tidak mahu memberi kenyataan berlebihan kerana bimbang keinginan atau hubungan tidak kesampaian.
"Apa yang boleh saya katakan, kami banyak projek bersama. Dan kini dalam proses perbaiki hubungan.
"Doakan saya, secara umum, dapat bahagia dan satu hari nanti bernikah," katanya tersusun.
Terdahulu, dalam AME 2020, Syafiq membawa pulang dua anugerah iaitu Pelakon Filem MeleTOP menerusi lakonan mantapnya dalam Pusaka dan Fesyen MeleTOP.
Mengulas mengenai kemenangannya, Syafiq mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat yang selalu mempercayai bakat dan memberi dia lebih motivasi untuk bekerja.
Instagram: @syafiqkylez
Maliah Surip
Mon Dec 21 2020


Sah! Zarina Anjoulie Rujuk Balik Dengan Bekas Suami - “Tak Nak Putus Asa, Mungkin Dulu Kami...”
Alhamdulillah, doakan terbaik untuk mereka berdua

Wonder Woman, Gal Gadot Umum Hamil Anak Ketiga
Tahniah!

Isteri – Lepas Kahwin, Suami Dan Anak-Anaklah Kawannya. Ini Antara Sebab Kenapa Isteri ‘Hilang’ Kawan Sebenarnya.
Selepas berkahwin, perasan atau tak terutamanya kaum perempuan bagaikan semakin renggang dan kesudahannya ‘hilang’ kawan-kawannya. Kalau berhubung sekalipun di media sosial saja.

Masuk Klasifikasi Tontonan 18 Tahun Ke Atas, Apa Itu Borak Kelamin?
Borak Kelamin akan bersiaran sebanyak 10 buah episod

Berganda-Ganda Seram! Ini 2 Filem Horror Baru Anda Wajib Tonton Ketika Ini!
Boleh layan waktu PKP & PKPB ni!

Lady Gaga Masih Trauma & Takut
Meskipun dua ekor anjing yang diculik telahpun ditemui, penyanyi popular Hollywood, Lady Gaga dilaporkan masih berada dalam keadaan trauma dan terkejut.

Rief Daniel Dapat Idea Hasilkan Aku Solo Selepas Bertemu Yonnyboii
Mula-mula borak je, lepas tu terus jadi lagu! Fuhhh!

#SembangGajet: Tak Perlu Photoshop, Cipta Logo & Grafik Dengan Aplikasi Power Ini!
Mudah je semua boleh buat!

Kerana Watak Fika, Ezzaty Abdullah Suka Lakonkan Babak Aksi!
Ezzaty Abdullah Suka Lakonkan Babak Aksi!
.jpg?ext=.jpg)
Majlis Kahwin, Tahlil, Reunion, Akikah, Hari Jadi Dibenarkan!
Syaratnya patuh penjarakan sosial!