Filem Men In Black (MIB) kembali menemui penonton selepas tujuh tahun sekuel terakhirnya ditayangkan pada 2012.

Filem terbabit berjaya mencatatkan kutipan box office di seluruh dunia dan mungkin sekuel MIB terbaik pernah dihasilkan.

Namun berbeza kali ini, filem terbaru ini tampil dengan tajuk MIB International yang menyaksikan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson sebagai tunjang utama. Yup, sama seperti filem Thor: Ragnarok!

Bagi anda yang tertanya-tanya sejauh mana hebatnya filem ini, ini 4 perkara anda perlu tahu.

#1 Watak Baru Lebih Fresh Tapi Ada Satu Masalah!



Seperti yang disebutkan tadi filem terbaru ini menampilkan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson yang membawa watak sebagai ejen H dan ejen M.

Selepas tiga filem menampilkan lakonan Will Smith dan Tommy Lee Jones, penonton akhirnya 'dijamu' dengan pelakon yang serba baru.

Lakonan Chris dan Tessa Thompson tampak serasi, sekali gus menjadikan filem ini lebih menarik. Malah ini kali pertama ajen wanita diangkat sebagai pelakon utama dalam filem MIB.

Walau bagaimanapun penulis mempunyai sedikit masalah dengan perkembangan watak ejen H yang kelihatan sedikit cacar marba dari awal sehinggalah akhir.

Tidak pasti dimana silapnya, mungkin itu yang cuba diketengahkan oleh pengarah atau filem MIB sudah terlalu serasi dengan pelakon Will Smith.


#2 MIB Tetap Menjadi Filem MIB



Tidak dinafikan MIB 3 antara yang terbaik pernah dihasilkan dalam francais ini.

Namun itu tujuh tahun lalu dan memandangkan kini sudah memasuki tahun 2019, perkara ini sedikit sebanyak memberi harapan tinggi kepada peminatnya.

Jalan cerita MIB International agak mudah, ia menceritakan bagaimana Ejen H diarahkan untuk bekerjasama dengan Ejen M yang juga merupakan ahli baru cawangan tersebut. Mereka digandingkan bersama untuk menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing.

Pada masa sama, mereka perlu menyelesaikan masalah besar antara keduanya apabila mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB. Seperti biasa terdapat plot twist pada perakhirnya cerita.

Kedengaran agak familiar bukan? Namun itulah DNA buat MIB, jalan ceritanya tidak akan terlalu berubah walaupun sudah tujuh tahun filem terkahirnya dihasilkan.

Pendek kata, jika anda telah menonton MIB sebelum ini, anda mungkin agak familiar dengan MIB International ini.


#3 Man Of The Match Jatuh Kepada....



Bukan Chris Hemsworth (Agent H) mahupun Tessa Thompson (Agent M), sebaliknya gelaran ini lebih layak diberi kepada watak Pawny iaitu sejenis makhluk asing bersaiz kecil.

Untuk makluman Watak Pawny menggunakan suara pelakon Kumail Nanjiani.

Dari awal kemunculannya penonton tidak henti bergelak tawa, riuh panggung dibuatnya.

Dengan wataknya yang celupar namun setia, watak ini berjaya menyuntik elemen komedi yang betul-betul memberi impak.

#4 Kesan CGI Yang Hebat!



Tidak lengkap apabila berbicara tentang filem MIB tanpa menyentuh eleman imej janaan komputer (CGI).

Dari efek makluk asing sehinggalah kesan khas pada letupan yang dihasilkan daripada senjata canggih mereka.

Paling hebat sudah tentunya kesan khas pada 'supervillain' MIB kali ini yang mampu mengubahbentuk.

Adakah wajib ditonton?




Filem arahan F. Gary Gray ini secara umumnya telah memberi nafas baru pada karakter utamanya walaupun menampilkan jalan cerita yang hampir sama.

Apa yang pasti, MIB International bakal memberikan kejutan berbeza buat peminat setia filem ini. Selain babak aksinya yang lebih pelbagai, elemen komedi yang ditampilkan juga turut menghiburkan.

Bagi anda yang menantikan filem aksi komedi, maka anda boleh menikmatinya tanpa masalah.

Namun bagi mereka yang telah menonton MIB sebelum ini, maka mungkin ia kelihatan sama dengan filem sebelumnya.

Mungkin 'selling point' utama filem ini adalah Chris Hemsworth.

MIB Internation kini telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Rating Gempak: 3.5/5