,
Laman Utama

Rezeki Belum Putus! Uyaina Arshad Kekal Kendali Dangdut Academy Asia, Dilantik Duta Pertama Herbs of Gold

Maliah Surip
26/05/2023
09:58 MYT
Wajah manis Uyaina Arshad mungkin sudah jarang dilihat di kaca televisyen sebagai seorang pelakon selepas menjadi ibu sekitar lapan bulan lalu.
Namun itu tidak bermakna karier dan rezekinya berhenti mengalir. Buktinya, dalam diam-diam isteri Raja Syahiran ini melakar satu sejarah baru dalam kariernya apabila dipercaya dan dipertanggungjawabkan menjadi duta pertama jenama suplemen terkenal, Herbs of Gold.
“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana walaupun tidak begitu aktif berlakon namun tetap dipilih dan diberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi duta pertama Herbs of Gold.
“Tidak sukar untuk saya bersetuju apa lagi jenama suplemen antarabangsa ini sudah terkenal dan dijual di sekitar 200 farmasi Caring di seluruh negara, saya harap sinergi antara kami dapat membantu memperluaskan pasaran,” katanya dalam sidang media pelantikan Herbs Of Gold X Uyaina Arshad sebagai duta pertama di Kuala Lumpur.
Apa yang lebih penting kata Uyaina adalah dia dapat membantu memperkenalkan produk suplemen halal tersebut kepada pengguna.
“Saya tak mahu tunjuk benda yang saya tidak buat. Saya memang ambil atau gunakan produk ini seperti yang terkini NMN+ dan mahu sama-sama menjaga kecantikan bukan hanya luaran tetapi sihat dalaman juga,” katanya.
Selain diumum sebagai duta, Uyaina juga teruja kerana buat kesekian kali dirinya dipercayai oleh pihak stesen televisyen terkenal Indonesia, Indosiar untuk kembali mengendalikan program Dangdut Academy Asia (DAA) bersama beberapa hos yang lain.
“Sebenarnya saya tidak sangka pihak akan kembali memanggil saya memandangkan pernah ‘berhenti’ kerana pandemik COVID 19 sebelum ini.
“Lagipun saya sudah berkahwin dan punya anak, jadi saya fikir pihak DAA tidak akan memanggil saya lagi, namun sebulan lagi saya akan berangkat ke Jakarta untuk kembali memulakan tugas di sana,” katanya penuh bahagia.
Lebih membuat dirinya bersyukur kerana pihak DAA sanggup menunaikan syarat yang diberikan Uyaina iaitu mahu membawa sama anaknya, Raja Urhan. Justeru, dia memerlukan tempat tinggal yang selesa untuk anaknya.
“Saya sangat berterima kasih dengan pihak Indosiar kerana bertimbang rasa dan bersetuju dengan keinginan saya agar disediakan tempat tinggal selesa kerana saya membawa Urhan, ibu dan pembantu bersama.
“Saya akan pulang setiap minggu kerana suami tidak ikut dan punya komitmen dengan Wanita Hari Ini,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Hiburan

Cik Epal Semakin ‘Mendonia’, Terima Lamaran Jadi Duta Pula - “Alhamdulillah, Rezeki Dapat…”

gempak
11/11/2024
01:47 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal meluahkan rasa syukur apabila telah dipilih menjadi duta bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Hiburan

“Tak Boleh Jual Mahal..Tak Boleh Konten Joget…” - Usahawan Puji Syarat Diletakkan Fattah Amin Sebelum Jadi Duta

gempak
29/10/2024
01:39 MYT
Usahawan, Datin Nurul Syahera tampil mendedahkan dua syarat yang diletakkan oleh Fattah Amin sebelum dia bersetuju untuk berkolaborasi.
Hiburan

Dilantik Jadi Duta Wangian, Cik Man; "Tak Kisah Popular Atau Tak, Tua Atau Muda, Kalau Ikhlas Akan Nampak Hasil"

gempak
28/10/2024
18:55 MYT
Artis veteran juga mempunyai tarikan dan keupayaan untuk menjadi duta sesuatu produk malah mampu melariskan perniagaan.
Hiburan

Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

gempak
28/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mendedahkan dia kini bergelar tunang kepada seseorang wanita sejak Hari Raya Aidilfitiri lalu.
Unitar