Dalam industri hiburan, bergelar juara dalam sesuatu program tidak selalunya menjanjikan hala tuju yang baik dalam kerjaya.

Untuk kekal relevan dan bersinar dalam industri yang penuh cabaran, setiap anak seni haruslah kuat, tabah dan mempunyai cara tersendiri untuk bertahan.

Dalam Naura Shares episod 5 malam ini, pelawak Man Raja Lawak akan berkongsi cerita tentang kurniaan rezeki dari Tuhan.

Malah, Man juga percaya bahawa manusia tidak harus berputus asa dalam mencari rezeki kerana ia selalunya datang dalam pelbagai bentuk.

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!