Lebih seribu kucing diselamatkan oleh pihak berkuasa di China selepas mahu dibunuh dan dijual untuk dimakan.

Lebih jijik, daging kucing yang dijual ditipu sebagai daging babi dan lembu, demikian laporan media tempatan.

Tindakan diambil selepas mendapat aduan daripada aktivis mengenai sebuah lori yang membawa ribuan kucing di kawasan Zhangjiagang. Aktivis mendakwa melihat ribuan kucing dimasukkan ke dalam kotak kayu sebelum ‘dipindahkan’ untuk tujuan jual beli.

BERITA TRENDING: Oscar, Si Kucing Ajaib Yang Meramal Lebih 100 Kematian Dengan Tepat

Para aktivis mendakwa daging kucing dijual sekitar harga RM3 untuk 600 gram. Seekor kucing pula dijual dalam kiraan sehingga empat atau lima kilogram, seperti dilaporkan BBC.

Serbuan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat mengenai daging yang dibeli.

BERITA TRENDING: Nak Bercuti Tapi Kena Angkut Anak Bulus? Ini Tips Untuk Mudahkan Perjalanan Anda!

Malah pengguna media sosial mengutuk tindakan kejam dan keji ini dengan mengharapkan pelaku ditangkap dan menerima hukuman setimpal.

Ada juga yang mengatakan tidak mahu lagi menikmati daging di kedai.

BERITA TRENDING: Untungnya! Kucing Terima Hadiah BMW Sempena Hari Jadi, Siap Pakai Baju Man Kajang!