Skip to main content

Trend Pasaran

Rilekslah…Memang Reka Bentuk Bangunan Tu Senget, Bukan Nak Tumbang Seperti Diviralkan!

bangunan-senget.jpg
Advertisement
Sejak petang tadi, tular di media sosial foto sebuah bangunan tinggi di tengah-tengah ibu kota yang senget dan kononnya akan tumbang.
 
Agak mengecewakan kerana penerima foto berkenaan tanpa usul periksa terus menularkan bangunan kediaman YOO8 itu.
 
Sedikit sebanyak perkara tersebut mempengaruhi pengguna apliskasi dan media sosial dan boleh mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai khususnya berada di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan KSK Land dan Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group Joanne Kua dalam satu kenyataanvmemaklumkan gambaran struktur Menara B bangunan berkenaan sememangnya dibina mengikut reka bentuk sedemikian.

Projek 8 Conlay yang direka oleh RSP Architects KL itu difahamkan sebagai bangunan kediaman berservis dan bersilang, serta berkembar dan tertinggi di dunia oleh Kempinski.
 
Jelasnya, reka bentuk unik bangunan terbabit akan kelihatan condong jika diambil gambar dari sudut berbeza.

Bagaimanapun, KSK Land yang merupakan pemaju projek 8 Conlay itu ujarnya, memaklumkan jaminan dari sudut keselamatan dan kesihatan sentiasa dititikberatkan sepanjang pembinaan struktur itu.

Bagaimanapun Astro AWANI ketika menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan tiada laporan diterima berhubung kes itu ketika ini.

Pihaknya telah bertemu dengan pengurus keselamatan di lokasi projek berkenaan dan mengesahkan pembinaan struktur bangunan itu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim memaklumkan pihaknya sedang menyiasat penularan gambar berkenaan.
 
 

Must Watch Video

Advertisement