Pelakon Datuk Aaron Aziz, 45, meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham ibunya, Juriana Jaafar yang meninggal dunia pada 7 November tahun lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz memuat naik pesanan suara terakhir yang dihantar arwah sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.

"Assalamualaikum son, apa khabar Danish? Awak ada hubungi dia? Dia sihat?" tanyanya mengenai keadaan anak sulung Aaron, Danish Anaqi yang kini melanjutkan pelajaran di Jepun.

Dalam pada itu, bagi melepaskan rasa rindu terhadap arwah, pelakon filem KL Gangster 2 berharap agar dapat bertemu di dalam mimpi.

"Saya harap mak masih ada di sini lagi. Mesej terakhir mak pada saya ialah pada 28 Oktober, sebelum mak meninggal dunia pada 7 November lalu.

"Sekarang mak sudah kembali ke pangkuan-Nya. Tolong datang dalam mimpi saya, mak.

"Saya sangat rindu dan sayangkan mak," tulisnya sebagai kapsyen.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)


Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat tidak putus mengirimkan kata-kata semangat kepada aktor itu.

"@adie_dinson: Kuatkan diri, Datuk.

"@nizal_ahmad: Semoga diberikan kekuatan oleh Allah.

"@cteafairuz: Faham perasaan ini. Rindu yang tidak tertanggung. Al-fatihah.

"@pailisya: Ada orang ni cakap kalau kita mimpi mak ayah yang dah tak ada maksudnya kita ada buat dosa. Tapi kalau sebaliknya bermaksud kita anak yang baik," antara komen-komen ditinggalkan.

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura akibat serangan jantung.

BACA: Ibu Aaron Aziz Meninggal Dunia, "Ambil Lah Segala Kerja Amal Ku Untuk Menemani Di Alam Barzakh"