Selebriti terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bakal membuat kemunculan khas di dalam drama bersiri Scammer 2.

Menerusi drama bersiri tersebut, Azwan memegang watak sebagai seorang peguma bernama Hanif, Azwa merupakan individu yang bertanggungjawab menyediakan dokumen jual beli tanah orang kampung dengan syarikat asing.
Hanif aktif menjadi peguam bela dengan sering menampilan imej Islamik agar dapat memikat hati klien Melayu Islam. Tetapi Hanif sebenarnya seorang yang suka berfoya-foya dan penagih syabu tegar.
Menariknya lagi dalam drama tersebut, Azwan tetap akan menyebut dialog-dialog memaki yang sering diucapkan di dalam video Instagram miliknya.

Diarahkan oleh Norhanisham ‘Labu’ Muhamad, Scammer 2 kali ini mengandingkan pelakon handalan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Fatin Nabilah dan ramai lagi.

Scammers 2 mengisahkan Taqriz (lBeto Kusyairy) mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam sebuah penjualan tanah di kampung.

Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz pula tidak percayakan sesiapa.

Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz, sebagai kambing hitam.

Siapakah yang bakal menjadi mangsa scammer kali ini? Siapa pula yang menunggang agma?

Saksikan drama bersiri Scammer 2 bermula 18 April ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.