Rabu lalu menyaksikan program realiti The House : Ezurin Khyra bertemu episod akhir dalam minggu ke-10.

Sudah tentu ramai penonton setia program ini berasa rindu untuk menonton gelagat dan pelbagai kisah menarik mengenai Ezurin, anak-anak serta rakan-rakannya dalam The House.

Berita baik! Malam ini anda berpeluang menyaksikan temu bual eksklusif Ezurin bersama pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi.

Pelbagai soalan menarik akan ditanya Aznil. Jika sebelum ini anda menyaksikan kisah kehidupan Ezurin di Hulu Langat, Selangor, kali ini anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai dirinya menerusi temu bual berkenaan.

The House yang telah disiarkan selama 10 episod menampilkan Ezurin bersama lima cahaya matanya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.

Program ini turut menampilkan rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi, dua pembantu peribadinya, Bell dan Nana serta beberapa penampilan istimewa yang diundang dalam episod berbeza.

Jadi, jangan lupa saksikan The House : Ezurin Khyra Bersama Pak Nil pukul 9.00 malam ini di Astro Ria (124) dan Ria HD (104).

Kepada anda yang terlepas menyaksikannya, atau mana-mana episod sebelum ini, jangan risau, tonton sahaja menerusi On Demand atau di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.