Kepada yang lahir pada era 80'an dan 90'an, sudah tentu ramai yang ingat akan filem Gila-Gila Remaja dan KL Menjerit.

Mungkin dua filem terkenal itu ditonton ketika zaman masih bersekolah, apa yang pasti kedua-duanya menampilkan gabungan aktor hebat Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Namun setelah sekian lama, sudah tentu ada yang rindu untuk menyaksikan gabungan Rosyam dan Faizal, umpama mengimbas kenangan era dahulu.

Bermula hari ini, anda boleh menyaksikan dua aktor berbakat besar ini bergabung dalam filem Proksi yang menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First, saluran 480.

Selain Rosyam dan Faizal, Proksi yang diarahkan oleh Mohd Shaufe A.Wahib juga menampilkan Allahyarham Ashraf Sinclair, Bront Palarae, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Siti Saleha dan ramai lagi.

Filem ini memaparkan aksi hebat yang sudah tentu menarik perhatian selain menampilkan kejadian 'hacker' atau penggodam yang merupakan jenayah siber, benar-benar berlaku dalam dunia realiti.

Banyak lagi keistimewaan yang ditampilkan dalam Proksi, nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa saksikannya di rumah anda bermula hari ini!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!