Pelakon Sweet Qismina, 21, akui menerima tawaran untuk Filem Televisyen (FTV) berjudul Merah & Puteh kerana merindui watak kanak-kanak.
Kata Sweet, untuk membawakan watak tersebut agak mencabar kerana dirinya kini semakin dewasa.
“Watak Merah memang sedikit mencabar untuk saya kerana saya perlu berlakon menjadi seperti kanak-kanak kembali.
“Sebenarnya saya sudah banyak kali menolak tawaran FTV ini kerana kekangan masa dan sibuk dengan belajar, risau tidak boleh bagi komitmen penuh.
“Tapi mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Kalau boleh saya mahukan watak yang lebih dewasa dan tidak mahu lagi terikat dengan watak kanak-kanak.
“Saya tak nafikan adakalanya rindu juga, saya terima tawaran ini kerana dah lama tak berlakon cerita sebegini dan saya fikir kenapa tidak?
“Saya rasa salah satu sebab mereka tawarkan watak ini kepada saya kerana mereka tahu cerita-cerita begini pernah saya lakonkan masa zaman kecil.
“Cerita kanak-kanak memang sudah sinonim dengan saya dan mereka rasa watak ini sesuai dengan saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai Merah Puteh, Sweet memberitahu cerita kali ini sedikit berbeza dengan apa yang telah diketahui umum.
“Kita selalu ingat Bawang Merah ini jahat dan sering mencari bergaduh dengan adik tirinya, Bawang Putih.
“Tetapi sebenarnya jalan cerita kali ini berbeza, pengarah cuba tonjolkan nilai-nilai murni dan kasih-sayang yang ada dalam diri adik-beradik.
“Sebenarnya orang pun tidak akan dapat jangka apa yang Merah akan lakukan demi adiknya.
Suatukala menampilkan tiga hikayat cerita dogeng iaitu Malin Kundang, Merah & Putih dan Badang.
Selain Sweet, Suatukala juga menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Amir Raja Lawak, Rykal Iskandar, Wafiy Ilhan, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi dan Firdaus Ghufran.
Suatukala sudah pun menemui penonton sejak 15 Mac lalu di Astro First Eksklusif (480) dengan bayaran RM15.90 untuk tempoh 48 jam.
Foto: Instagram @sweetqismeena
Teks oleh: Mya Amri
Mya Amri
Wed Mar 21 2018
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.