,
Laman Utama

“Rindu Nak Tengok Orang Menyanyi Bersama Dengan Bebas”- Zee Avi Nak Buat Konsert ‘Sebenar’!

Syafiqah Jalal
09/06/2022
07:02 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal Zee Avi akui teringin untuk kembali membuat persembahan dalam sebuah konsert atau pentas ketika sebelum pandemik.
Pun begitu, Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 36, bersyukur kerana Malaysia sudah mula membuka ruang untuk aktiviti seni diadakan.
“Sebenarnya saya ada perancangan hendak membuat konsert sendiri tetapi bukan dalam masa terdekat. Lagi pun saya tidak suka tergesa-gesa dan biarlah ia dirancang dengan baik.
“Sekarang ni saya banyak uruskan hal peribadi yang kini baru masuk ke fasa yang baharu (berkahwin) dan sebagainya dan dari segi karier saya juga sedang menulis untuk album baharu.
“Bagaimana pun jika diberi peluang untuk mengadakan konsert sendiri saya paling rindu momen bila saya menyanyi dan penonton bebas menyanyi bersama sambil tersenyum serta menikmati masa itu tanpa memikirkan untuk menjaga penjarakan sosial,” katanya kepada Astro Gempak.
Pelantun lagu Kantoi ( Semalam I Call You, You Tak Answer) itu berkata demikian ketika ditemui selepas siding media Projek HP Mentorship yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil, minggu lalu.
Projek HP Mentorship telah berakhir setelah berlangsung selama tiga bulan di mana 11 mentee dari seluruh Malaysia diberi peluang untuk bekerjasama dengan tiga ahli pakar industri, penulis lirik dan penyanyi pop Malaysia Zee Avi, penerbit muzik dan komposer prolifik Daniel Verapeen, dan pengarah kreatif dan pengasas kumpulan 33.3, Edwin Raj.
Mantee-mantee itu terdiri daripada belia kreatif dengan pelbagai latar belakang berbeza yang menghasilkan seni dan muzik bersama di bawah bimbingan mentor mereka dikuasakan oleh komputer riba canggih yang disediakan oleh HP Malaysia.
Hasilnya, HP Malaysia akan menerbitkan tiga pengalaman audiovisual dalam bentuk NFT dan 100 NFT koleksi ekskulif yang akan sedia untuk tontonan dan pembelian melalui platform CryptoArt baharu, NFT Pangolin
“Saya dan para mentor tampil bersama memberi inspirasi kepada generasi pencipta Malaysia. Kami berganding bahu dan berkolaborasi dengan matlamat untuk membolehkan para mentee meluahkan ekspresi dan kreativiti mereka melalui penggunaan teknologi dan komputer PC HP,” ulas Zee.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Unitar