Drama sensasi lakonan Uqasha Senrose dan Kamal Adli, Setelah Terlafaznya Akad 2 telah pun memulakan siaranya pada 30 Mei lalu.

Selain tarikan dua watak utama yang kini sudah pun bergelar pasangan suami isteri, ini lima sebab kenapa anda perlu menonton drama arahan Michael Ang ini.

-Keserasian yang tidak perlu disangkal daripada pelakon utama Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

-Mengetengahkan isu rumah tangga yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat seperti pergaduhan antara suami isteri, suami kaki pukul dan melakukan kekerasan terhadap isteri serta dengki dan amalan sihir.

-Konflik yang tercetus dalam musim kedua ini lebih hebat rumit jika mahu dibandingkan dengan Setelah Terlafaznya Akad musim pertama.

-Perkahwinan yang dianggap indah, jangan disangka tiada ujian dan dugaan. Sebuah perkahwinan yang pada mulanya indah tetapi akhirnya diduga oleh kerana perasaan dengki orang sekeliling.

-Pengajaran kepada yang bersifat dengki yang menggunakan dan mengamal sihir pemisah hanya untuk memenuhi keinginan diri sendiri.

Tiga tahun setelah lafaz kedua, rumah tangga Hanan dan Nawal bertambah bahagia dengan kehairan Qadeeja. Namun Nawal tidak begitu menyenangi dengan sikap kedekut Hanan yang dilihat masih tidak berubah.

Kemudian, Nawal disahkan mengandung anak kedua. Dalam meniti bahagia, sebagai isteri, Nawal tahu Ida menyimpan hati terhadap suaminya. Namun, Hanan selalu menidakkan hal berkenaan, kononnya Nawal cemburu tak bertempat.

Kehadiran Wahab mula merubah corak kehidupan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki dan Hanan percaya mengenai hal itu. Tekanan buat Nawal apabila dia keguguran dan Tok Ma meninggal dunia diserang sakit jantung.

Nawal tambah kecewa apabila Hanan tidak mempercayai dirinya sehingga memilih untuk pergi membawa diri. Ketika itu, Hairuddin muncul untuk memporakperandakan lagi hubungan mereka.

Hairuddin mahu mendapatkan kembali cintanya pada Nawal. Rupanya, benci Hanan pada Nawal adalah disebabkan sihir pemisah yang dibuat Ida. Hanan akhirnya sedar dan mendapatkan kembali Nawal.

Saksikan Setelah Terlafaznya Akad 2 bermula 30 Mei 2022 di Astro Ria pukul 10 malam atau strim di Astro GO.