Berita

"Ringkas Tapi Penuh Perasaan" - Ramai Puji Lirik Lagu Tribute Sentiasa Di Sini Padu! Menyentuh Hati

gempak
ZULHILMI JALIL
22/04/2020
07:49 MYT
Sponsor Banner
"Ringkas Tapi Penuh Perasaan" - Ramai Puji Lirik Lagu Tribute Sentiasa Di Sini Padu! Menyentuh Hati
Keindahan sesebuah lagu itu bukan sahaja terletak pada melodi semata-mata, bahkan liriknya juga.
Sebuah lagu yang baik, pasti dilengkapi dengan bait-bait lirik yang mampu menyentuh perasaan pendengar.
Begitu jugalah yang turut ada dalam lagu tribute Sentiasa Di Sini yang kini sudah mencecah lebih 1 juta tontonan sejak diterbitkan seminggu yang lalu.
BACA: Wow! Muzik Video ‘Sentiasa Di Sini’ Dah Kumpul Lebih 1 Juta Tontonan!
Bahkan, ramai yang menyifatkan lirik lagu tersebut yang ditulis oleh Noh Salleh nampak ringkas, namun dapat dirasai semangat yang ingin disampaikannya.
"Antara banyak-banyak lagu musim Covid-19 yang artis Malaysia nyanyi, rasanya lagu ni paling best sekali. Sekali dengar naik semangat.
"Sebak dengar lagu ni..apapun, terbaik lagunya.
"Meremang tiap kali dengar, power.
"Noh padu biarpun ringkas tapi sangat lyrical (penuh perasaan), sebab itulah anda perlu ikhlas apabila melakukan sesuatu perkara, padu Noh!," tulis sebahagian komen netizen.
Lagu yang diterbitkan oleh Astro Gempak itu dinyanyikan oleh 26 artis tempatan.
BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!
Jadi, jom apa kata, kita sama-sama hayati lirik lagu Sentiasa Di Sini yang didedikasikan khas buat kita semua rakyat Malaysia bersama.
Dalam ruangan mimpi ini Ku harap kau masih terus menanti Terbit nyata yang membawa rasa Kembara kita esok hari
Dalam ruangan mimpi ini Jangan gusar tika tercari-cari Langkah mu terjaga Takkan tersasar di kanan kiri
Ohhh Ohhhh Ohhhh
Chorus:
Tetapkan langkah dan arahmu Sabarlah semua warna dunia Jika kau rasa ingin kembali Ku akan sentiasa ada di sini Di ruang mimpi
Dalam ruangan mimpi ini, Ku harap kau masih terus menanti, Terbit nyata yang membawa rasa Kembara kita esok hari
Dalam ruangan mimpi ini Jangan gusar tika tercari-cari, Langkah mu terjaga Takkan tersasar di kanan kiri
Ohhhh Ohhhh Ohhhh
Tetapkan langkah dan arahmu Sabarlah semua warna dunia Jika kau rasa ingin kembali Ku akan sentiasa ada di sini
Di ruang mimpi
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024