Pelakon Saharul Ridzwan mengakui dirinya amat meminati dengan motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Saharul, dia terpaksa melupakan niatnya itu memandangkan isterinya, Deena Emir risau akan keselamatan dirinya ketika berada di jalan raya.

"Saya akan menjadi hos bagi 13 episod iaitu Impak Aksi dan menjelajah untuk mencari sukan-sukan yang extreme yang ada.

"Sebenarnya saya berjiwa moto tapi bila dah ada isteri ni kadang-kadang dia tak bagi.

"Bila saya tanya dia nak beli moto besar dia kata jangan kerana banyak kemalangan dan bahaya," katanya kepada HLive.

Saharul dan isterinya, Deena Emir telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Luth Ali.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).